Connect with us

Oh! Media

Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru, Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

Oh! Artis

Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru, Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

Semalam, dua penyanyi yang juga merupakan adik beradik, Aiman Tino dan Fara Hazel telah mendapat adik baru yang merupakan anak kesebelas dilahirkan ibu mereka. Hazelina Mat Jalil. Mereka mendapat adik perempuan yang dilahirkan di Hospital Selayang, Selangor dengan berat 3.39 kilogram.

ADVERTISEMENT

Menurut Mstar, ibu kepada Aiman mengatakan syukur kerana diproses kelahiran ahli keluarga barunya itu berjalan lancar, cuma lambat sedikit bayi mahu keluar. Hazelina juga dikatakan telah berada di bilik persalinan daripada 12 malam sehingga 6 pagi dan ketika itu, masih berasa takut dan gementar walaupun sudah 11 kali bersalin. Katanya juga. ianya sudah tentu sakit dan pengalaman yang dirasai tidak sama.

Hazelina juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang sepanjang proses bersalin berjalan walaupun sedang sibuk berhadapan dengan wabak covid-19. Ini juga merupakan anak terakhirnya selepas doktor menyarankan supaya tidak lagi bersalin disebabkan faktor kesihatan.

Sumber : Mstar

+ Baca respon pembaca keluarga baru Aiman Tino di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas