Connect with us

Oh! Media

Hukum Mengejutkan Orang Tidur Untuk Menunaikan Solat

ohmedia kejut orang tidur untuk bangun solatpng

Umum

Hukum Mengejutkan Orang Tidur Untuk Menunaikan Solat

SOALAN 

Ohmedia pasti ramai antara korang yang sentiasa bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh. Jadi, adakah wajib kita mengejutkan orang lain yang sedang tidur untuk bangun menunaikan solat pada waktu tersebut?

JAWAPAN 

Berkata setengah ulamak membangunkan orang yang tidur kerana mengerjakan solat yang sunat itu sunat hukumnya dan membangunkan orang yang tidur kerana mengerjakan solat yang fardu itu wajib hukumnya apabila tidak ada orang lain selainnnya dan waktu solat telah masuk.

Ada pun jika belum masuk waktu solat yang fardu maka tidak wajib membangunkannya.

IKLAN

Berkata Imam As-Suyuthi :

وَأَمَّا إيقَاظُ النَّائِمِ الَّذِي لَمْ يُصَلِّ، فَالْأَوَّلُ وَهُوَ الَّذِي نَامَ بَعْدَ الْوُجُوبِ يَجِبُ إيقَاظُهُ مِنْ بَابِ النَّهْي عَنْ الْمُنْكَرِ. وَأَمَّا الَّذِي نَامَ قَبْلَ الْوَقْتِ فَلَا، لِأَنَّ التَّكْلِيفَ لَمْ يَتَعَلَّقْ بِهِ، لَكِنْ إذَا لَمْ يُخْشَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ فَالْأَوْلَى إيقَاظُهُ لِيَنَالَ الصَّلَاةَ فِي الْوَقْتِ


Artinya : “Dan ada pun membangunkan orang yang tidur yang belum solat maka jika telah masuk waktu maka wajib hukumnya kerana masuk dalam bab mencegah kemunkaran. Dan ada pun yang sedang tidur dan waktu belum masuk maka tidak wajib membangunkannya kerana sungguhnya taklif syarak tidak berlaku atasnya. Akan tetapi apabila dikhuatiri atasnya mudarat seperti terlajak maka yang lebih utama ialah membangunkannya supaya mendapat ia akan sembahyang di dalam waktu.” (Kitab Asybah Wa An-Nazha’ir)

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus 


+ Baca respon pembaca hukum mengejutkan orang tidur untuk menunaikan solat di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas