Connect with us

Oh! Media

Hukum Mendoakan Orang Kafir

Umum

Hukum Mendoakan Orang Kafir


SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan ada di antara kita yang menghadapi situasi di mana terdapat orang kafir yang meminta korang untuk mendoakan mereka. Jadi, apakah hukumnya?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN 

Berdoa perkara yang baik dan yang harus di sisi syarak bagi orang kafir adalah diharuskan selama mereka masih hidup.

Ada pun jika orang kafir itu telah mati maka dilarang berdoa untuknya.

Tersebut pada Lajnah Fatwa Al-Azhar :

أنه يجوز للمسلم أن يدعو لغير المسلم بالشفاء وأن يرجو له البرء وأن يدعو الله أن يرفع عنه البلاء والمرض قيامًا بواجب البر الذي قال فيه تعالى:” لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ”: لجنة الفتاوى الأزهر


Artinya : “Sungguhnya harus bagi orang Islam bahawa berdoa ia bagi orang bukan Islam dengan kesembuhan dan bahawa mengharapkan baginya kelepasan dan berdoa supaya Allah mengangkat darinya bala dan penyakit kerana beramal dengan firman Allah Taala :

“Allah tidak melarang kamu sekelian dari berbuat baik terhadap golongan yang tidak memerangi kamu pada agama dan tidak mengeluarkan kamu dari negeri kamu bahawa kamu berbuat kebaikan dan keadilan kepada mereka. Sungguhnya Allah kasih akan orang-orang yang berbuat baik.”

Kesimpulannya harus mendoakan orang kafir yang masih hidup dengan doa yang baik seperti mendoakannya agar mendapat hidayah atau maju dalam perniagaan atau sembuh dari sakit atau seumpamanya.

Ada pun doa yang bangsa akhirat seperti mendoakan supaya mereka tidak diazab dalam neraka atau supaya mereka diampunkan di akhirat nanti maka hukumnya adalah haram dengan ijmak ulamak.

Berkata Syeikh Ibnu hajar :

حرم الدعاء بأخروي لكافر

Artinya : “Haram berdoa yang bangsa akhirat bagi orang kafir.” (Kitab Tuhfah Al-Muhtaj)

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca hukum mendoakan orang kafir di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas