Connect with us

Oh! Media

Huawei VR diumumkan untuk bersaing dengan Gear VR

Umum

Huawei VR diumumkan untuk bersaing dengan Gear VR

Apa perkara besar yang makin menjadi-jadi  dalam industri sekarang ini, dah tentunya ‘Virtual Reality’ atau realiti maya. Sudah tentu ia menjadi sasaran untuk industri permainan video dimana ia berorientasikan khas kepada pengguna dan seterusnya disasarkan untuk industri mudah alih. Sebelum ini, produk terawal yang dikeluarkan ialah Oculus Rift dan HTC Vive. Kemudian munculnya  Gear VR dari Samsung.

ADVERTISEMENT

Pada masa kini, Samsung Gear VR mendominasi produk Realiti Maya ini setelah mendapat sokongan sejak pengeluaran Samsung S7.  Antara perbezaan, Oculus Rift dan HTC Vive dengan Gear VR ini ialah, Oculus Rift dan HTC Vive memerlukan komputer berspesifikasi tinggi untuk digunakan manakala Gear VR hanya memerlukan telefon pintar canggih yang diletakkan di hadapan topeng. Selain itu, Gear VR boleh dibawa ke mana sahaja.

Huawei VR akan serasi jika digunakan bersama dengan telefon pintar keluaran mereka iaitu Huawei P9 dan P9 Plus. Tambahan, telefon pintar yang terbaru Huawei Mate 8 juga boleh digunakan dengan Huawei VR ini. Tapi, antara kelemahannya ialah ketiga-tiga model telefon pintar ini hanya mempunyai resolusi paparan FHD 1920 x 1080. Ia mungkin tidak memberi prestasi terbaik untuk mana-mana VR sebab lebih tinggi resolusi, lebih cantik paparannya.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada Huawei VR ini dilengkapi dengan kanta laras, penapis anti-biru, panel sentuh, butang belakang dan pelarasan bunyi dan ia mungkin satu-satunya VR yang menyampaikan bunyi 360 darjah.
Sudah tentu, tidak ada peranti yang tidak mempunyai aplikasi tambahan atau kemudahan percuma yang ditawarkan. Huawei sudah peka dengan aspek ini dimana bakal pengguna mesti mahukan kemudahan percuma untuk setiap produk yang akan dibeli. Oleh itu, Huawei telah menawarkan 4,000 filem percuma, 40 permainan video, 150 lawatan panorama dan 350 imej panorama yang boleh dimuat turun setelah penggua membeli produk ini. Pihak Huawei masih belum menyatakan bila Huawei VR akan dikeluarkan dan berapa harga untuk produk ini. Harap anda sentiasa melawati OhGeekz, kami akan memberi info setiap masa mendatang.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas