Connect with us

Oh! Media

Huawei P9, Kemunculannya Ditangguhkan

Huawei2bp92b252812529png

Umum

Huawei P9, Kemunculannya Ditangguhkan

Hanya beberapa hari sebelum ini, pegawai Huawei telah mengesahkan kewujudan telefon pintar Huawei P9 akan ditangguhkan dalam sebulan atau dua. Dengan adanya beberapa pihak yang telah membocorkan kewujudan telefon ini, kita dapat lihat bagaimana reka bentuk awal model telefon terbaru dari Huawei. Buat masa sekarang, masih sama, kamera bekembar di belah belakang. Tapi perbezaan terbaru adalah laser auto focus dan kedudukan LED flash telah berubah. 
Kini lebih banyak lagi gambar Huawei P9 dibocorkan di internet dan gambar terbaru adalah reka bentuk akan kekal nipis, nampak elegan dengan penggunaan besi untuk badan telefon, kamera berkembar dan dijangkakan datang dengan tiga jenis.
Dua jenis yang sama datang dengan skrin selebar 5.2 inci dan 1020p resolusi, pemprosesan Kirin  950/955 dan 3GB/4GB RAM (bergantung pada model) dan sehingga 64GB simpanan luaran. Dan model terakhir dijangka datang dengan saiz skrin sebesar 6 inci, paparan 2K, pemprosesan Kirin 955, 4GB RAM dan 64GB simpanan data.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas