Connect with us

Oh! Media

Huawei Nova 2i Buat Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk Lepas Viral!

Branded

Huawei Nova 2i Buat Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk Lepas Viral!

Percaya atau tidak, sekarang ni dah ada smartphones yang mempunyai 4 kamera? Apa yang lebih awesome, kalau korang sangka harga smartphones secanggih ini mungkin mencecah paling tidak pun RM2,000 ke atas, korang silap. Ini kerana phone secanggih ini cuma dijual pada harga RM1,299 sahaja. Murah gila!! Biasanya smartphones canggih sampai ada 4 kamera ni mana mungkin dapat beli dengan harga murah macam tu.

Huawei Nova 2i baru-baru ini viral di media sosial kerana dilengkapi dengan 2 kamera di bahagian hadapan dan 2 lagi di bahagian belakang dan ianya mendapat sambutan yang sangat mengejutkan. Lihat sahaja post kami di Facebook Oh! Media tentang phone ini yang membuatkan ramai teruja untuk memilikinya!






Oleh kerana daya tarikan Huawei Nova 2i ini adalah pada kameranya, lebih baik Ohmedia fokuskan pada kamera dia dulu. Nova 2i ini pada bahagian hadapan dikuasakan oleh 2 kamera iaitu 13mp+F.20 aperture dan juga 2mp+F.24 aperture untuk sensor kedalaman (depth sensing).

Untuk kamera di bahagian belakang pula, ianya lengkap dengan kamera 16mp dengan sensor kedalaman 2MP. Teknologi canggih seperti ini membolehkan gambar anda kelihatan bokeh (latarbelakang kabur) untuk mendapatkan gambar seakan-akan dari Dslr biarpun menggunakan kamera hadapan untuk selfie. Fuh, ini orang perempuan lah yang paling suka! Smartphones canggih dan mahal pun tak ada features macam ni lagi.


Kalau itu belum cukup memuaskan hati korang, Huawei Nova 2i turut dilengkapi dengan “Selfie Toning Flash” di bahagian hadapan. Ini bukan sekadar flash biasa tau sebabnya teknologi ni membuatkan gambar korang lebih nampak natural biarpun dalam suasana gelap. Ini merupakan pertama kali Huawei mengeluarkan smartphones dengan teknologi seperti ini.

Ok sebenarnya banyak lagi features menarik pada kamera dia tapi Ohmedia rasa apa yang dah kami kongsikan tu dah lebih dari cukup. Selebihnya memang banyak lagi features menarik sedia ada seperti smartphones keluaran Huawei lain. Hebat betul perkembangan teknologi Huawei ni kan?





Huawei Nova 2i dilengkapi dengan skrin 5.93-inch FullView dengan paparan HD bersaiz 2160×1080. Saiz Nova 2i ni kecil sahaja dan senang nak pegang. Tapi walaupun kecil, skrin dia memang cukup besar untuk korang enjoy hari-hari menggunakannya. Layan movie, main game, layan sosial media dan pelbagai lagi boleh korang lakukan dengan puas.


Dilengkapi dengan pemprosesan Kirin 659, ruang simpanan sebanyak 64GB dan 4GB RAM menjadikan Nova 2i ini berada di dalam prestij yang tersendiri sebagai phone harga pertengahan. Kiranya Huawei Nova 2i ni dah set satu benchmark untuk spec dan juga harga bagi syarikat phone lain selepas ini.

Paling Ohmedia respek tentulah harga dia yang cuma RM1,299. Sememangnya satu harga yang sangat berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki sesiapa sahaja. Jangan hairan kalau lepas ni orang kiri dan kanan korang masing-masing layan selfie guna Huawei Nova 2i ni.



Korang mesti kenal dengan nama Hannah Delisha kan? Selebriti yang semakin popular di Singapura dan Malaysia ketika ini. Menurutnya, Huawei Nova membolehkan dia mencuba sendiri phone tersebut dan sekaligus menjadi sebuah smartphones kegemarannya untuk kegunaan harian.



Huawei Nova 2i akan mula dijual kepada rakyat Malaysia pada 13 Oktober 2017 ini dan untuk batch pembeli terawal akan dapat hadiah misteri bernilai RM499. So nak tunggu apa lagi ye? Kalau dah memang phone sekarang tengah nazak, ini masanya untuk kembali bergaya dengan 4 kamera! Haha.


Info lanjut boleh ke Facebook Huawei dan kalau nak beli, pergi sahaja ke VMALL.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas