Connect with us

Oh! Media

Huawei MateBook Komputer Riba Hibrid Khusus Untuk Perniagaan Profesional

Umum

Huawei MateBook Komputer Riba Hibrid Khusus Untuk Perniagaan Profesional

Secara rasminya Huawei melancarkan Matebook 2-dalam-1, komputer riba yang kita harapkan selama ini dari Huawei. Komputer riba hibrid ini disasarkan kepada pengguna berlatar belakang dengan perniagaan dan dilengkapi dengan badan premium dan papan kekunci anti-tumpahan yang boleh dipisahkan.
Tablet ini hanya senipis 6.9mm dan disaluti badan aluminium. Buat masa kini, hanya terdapat dua pesaing utama iaitu iPad Pro dari Apple dan Surface Pro 4 dari Microsoft. 
Huawei telah mengikut laluan seperti komputer riba hibrid Microsoft Surface, iaitu anda akan dapat papan kekunci yang boleh ditanggal dan nampak anggun. Tapi, Huawei telah menyediakan papan kekunci tersebut di dalam pakej yang diberikan. Anda tidak perlu beli papan kekunci secara berasingan.
Antara ciri-ciri yang paling menonjol ialah sensor cap jari pertama yang diperkenalkan pada produk yang sedemikian. Anda boleh menggunakan cap jari berbeza untuk akaun yang berbeza. Selain tu, ada ‘Mate Pen Stylus’, pen yang boleh digunakan untuk lukis dan tulis atas tablet. Sejak komputer riba itu bertujuan untuk golongan perniagaan profesional, MatePen datang dengan penunjuk laser dan butang untuk pembentangan. Ia dikuasakan oleh bateri yang memberikan sehingga sebulan penggunaan hanya dalam satu jam mengecas.

ADVERTISEMENT

Kita tengok harga permulaan untuk tablet ini pula. Huawei Matebook 2 in 1 akan bermula pada RM2,9++.++ untuk model Core M3 dengan 4GB RAM dan 128GB SSD. Manakala RM6,7++.++ untuk model Core M3 dengan 8GB RAM dan 512GB SSD. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas