Connect with us

Oh! Media

Huawei Bakal Lancarkan Smartphone Flagship Dengan Cip Pemprosesan Yang Lebih Berkuasa!

Ohmedia huawei 1jpg

Umum

Huawei Bakal Lancarkan Smartphone Flagship Dengan Cip Pemprosesan Yang Lebih Berkuasa!

Meskipun berdepan dengan larangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, Huawei ternyata tidak menyerah kalah bahkan tampil dengan smartphone dan tablet dengan spesifikasi yang lebih baik. Dikatakan bahawa Huawei akan melancarkan smartphone flagship terbaru mereka pada pertengahan September ini, Huawei Mate 40 Series namun terlewat dari yang dijadualkan.

Kebiasaannya Huawei akan melancarkan cip terbaru yang akan mereka gunakan pada peranti mereka pada pertengahan kedua setiap tahun dan biasanya Huawei Mate Series yang akan menggunakannya. Menurut info yang dipetik Tek Id, Huawei Mate 40 Series akan menggunakan prosesor sebesar 5nm. Khabar angin menyebutkan prosesor berkenaan adalah Kirin 1000 bahkan ada yang mengatakan bahawa ianya Kirin 1020.

Sumber gambar dari Mobil Zona

Prosesor berkenaan akan digabungkan dengan Cortex A77 atau A78 dan GPU Mali G77 ataupun G78. Dikatakan bahawa gabungan ini akan menyebabkan perfomance Huawei Mate 40 Series itu nanti akan meningkat dengan drastik. Untuk info, smartphone flagship dari Huawei ini dilaporkan akan hadir pada Oktober ini tahun ini.

IKLAN

OHMEDIA: STEADY HUAWEI! NO GMS NO PROBLEM! 

Kredit: Tek Id | GizmoChina

+ Baca respon pembaca Huawei bakal lancar smartphone flagship terbaru di Facebook Oh! Media



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas