Connect with us

Oh! Media

Huawei Akan Kehilangan Kemaskini Pengendalian Android oleh Google

Oh! Negara

Huawei Akan Kehilangan Kemaskini Pengendalian Android oleh Google

Menurut sumber, Huawei akan kehilangan akses kepada kemaskini sistem pengendalian Android setelah Google menggantung operasi perniagaan dengan syarikat telekomunikasi berkenaan. Selepas ini, telefon pintar Huawei yang berada pasaran luar China akan kehilangan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan popular, termasuk aplikasi Google Play dan Gmail.
Ini bermakna tiada lagi kemaskini keselamatan Android untuk peranti yang baru dan lama termasuk model yang baru dilancarkan seperti P30 dan P30 Pro, Mate 20 Pro, dan banyak lagi. Ini sekaligus impaknya pada jutaan pengguna peranti dari syarikat berkenaan.
Google mengambil langkah berkenaan setelah pengumuman Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada Rabu lalu yang meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan kerana menjadi alat kepada kerajaan China untuk mengintip rakyat AS meskipun telah banyak kali dinafikan oleh Huawei.
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN
Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas