Connect with us

Oh! Media

Hong Leong Tangguhkan Bayaran Balik Semua Peminjam Secara Automatik Mulai 1 April

Hong2bleong2bbank2btangguh2bpinjaman2bsecara2bautomatikpng

Umum

Hong Leong Tangguhkan Bayaran Balik Semua Peminjam Secara Automatik Mulai 1 April

Nampaknya Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank mengambil langkah kedepan apabila menawarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman secara automatik selama enam bulan berkuat kuasa 1 April ini bagi menyahut seruan kerajaan.

Langkah ini juga dilihat sangat baik bagi memudahkan urusan pelanggan individu mahupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Langkah ini diambil oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu peminjam yang kini tersepit dalam menghadapi kekangan kewangan akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

IKLAN

Semua pinjaman PKS dan individu termasuk automotif, rumah, gadai janji, pinjaman peribadi atau pembiayaan akan diberi penangguhan automatik selama enam bulan dan pelanggan boleh memilih untuk tidak menikmati kemudahan ini dengan meneruskan pembayaran bulanan mereka seperti biasa. Bagi pemegang kad kredit, mereka mempunyai pilihan untuk penukaran baki terkumpul kad kredit ke dalam bentuk pinjaman/pembiayaan bertempoh tidak melebihi tiga tahun pada kadar faedah/keuntungan 13 peratus setahun dan pelanggan boleh terus menggunakan kad itu dan membayar bayaran bulanan kad seperti biasa. Kalangan pelanggan korporat juga boleh memilih penangguhan bayaran balik pinjaman itu menerusi pengurus masing-masing dan akan dinilai mengikut kes. – Kata Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda.

OHMEDIA: INI SEDIKIT SEBANYAK PASTI DAPAT MEMBANTU KURANGKAN BEBAN RAKYAT. JADI ATURKAN KEWANGAN ANDA SEBAIKNYA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ada lakukan pinjam bersama Hong Leong di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas