Connect with us

Oh! Media

Heroin Filem ‘The Hunger Games’ Kini Sah Menjadi Isteri!

Umum

Heroin Filem ‘The Hunger Games’ Kini Sah Menjadi Isteri!

Siapa pernah tengok filem The Hunger Games? Yang uniknya cerita tu, setiap district/daerah akan ada 2 orang wakil untuk masuk dalam game. Nak taknak, kena join juga melainkan ada orang lain yang sanggup volunteer untuk orang tu.

So, Jennifer Lawrence ni adalah heroin dalam filem tu sebagai Katniss Everdeen. Selebihnya, sis tak nak cerita. Korang tengoklah sendiri ya hehehe. Apapun, sis ucapkan tahniah kepada Jennifer sebab sekarang dah jadi isteri kepada Cooke Maroney.

Diorang berkahwin pada hari Sabtu yang lepas dengan majlis perkahwinan secara tertutup di Rhode Island yang dihadiri 150 orang sahaja. Antara artis yang hadir ke majlis perkahwinan diorang ialah Emma Stone, Amy Schumer dan Adele.


Kalau korang nak tahu, Jennifer Lawrence dan Cooke Maroney mula bercinta pada bulan Jun 2017 dan diorang bertunang pada bulan Februari tahun ini. Wah, tak sabar nak tengok anak diorang nanti! Apapun sekali lagi, congratulations!

Sumber: The Hollywood Reporter

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top