Oh! Negara
Haziq Digugurkan Tugas Sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri

Selepas dirinya mengaku bahawa dia lelaki dalam video lucah yang dikaitkan dengan menteri, Azmin Ali, Haziq Abdullah Abdul Aziz telah ditamatkan khidmatnya sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri Utama itu berkata penamatan khidmat itu berkuat kuasa pada 18 Jun lalu dan menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perilaku yang menjejaskan reputasi dan imej kementerian.
Selain itu, Haziq juga boleh dianggap ponteng kerja kerana tidak hadir bertugas sejak video pengakuannya tersebar.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Oh! Media
Oh! Makan