Connect with us

Oh! Media

Hazama Tak Kekok Jadi Runner Laksa Asam Buatan Isteri

Oh! Artis

Hazama Tak Kekok Jadi Runner Laksa Asam Buatan Isteri

Memandangkan jadual seni tidak sesibuk dahulu semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Hazama memutuskan untuk menjadi runner penghantar makanan hasil air tangan isterinya iaitu Laksa Asam.

ADVERTISEMENT

Hazama berbuat sedemikian untuk membuat kejutan kepada pembeli bertuah yang memesan Laksa Asam dari isternya dengan menggunakan motosikal Triumph. Beliau menyatakan ini adalah tanda terima kasih atas sokongan yang diberika kepada Hazama dan isteri, Genervie Kam.




Hazama menjelaskan tindakan dia menjadi runner bukanlah untuk mencaras kerja runner sedia ada, sebaliknya ingin membantu golongan runner untuk membantu menghantar makanan agar semua makanan yang dipesan dapat dinikmati ketika berbuka.

Bercerita lebih lanjut, Hazama menganggap PKP dan PKPB adalah satu hikmah pada dirinya kerana dapat belajar banyak ilmu tentang perniagaan. Namun jelasnya, dia masih memberi fokus kepada karier seninya.

OHMEDIA: NANTI KALAU DAH TAMAT PKPB, BOLEH BUKA KEDAILAH HAZAMA LEPAS NI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Hazama tidak kekok jadi runner di Facebook Oh! Media




Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas