Connect with us

Oh! Media

Hati-Hati Dengan Kutipan Zakat Palsu

Umum

Hati-Hati Dengan Kutipan Zakat Palsu


Sudah ke anda menunaikan zakat untuk tahun ini? Orang ramai dinasihat agar berhati-hati dengan individu atau pertubuhan yang menjalankan aktiviti kutipan zakat di negeri tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor), Datin Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, Mais melantik Zakat Selangor sebagai amil dan pentadbir bagi menguruskan semua perkara berkaitan kutipan dan agihan zakat di Selangor berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah (Selangor) 2012.

“Justeru, mana-mana individu atau pertubuhan didapati melakukan kesalahan menjalankan aktiviti kutipan zakat tanpa kebenaran, boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 37 Enakmen Jenayah Syariah Negeri 1995.

“Mereka yang memungut zakat secara tidak sah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Norajun berkata, orang ramai disaran melaporkan sebarang aktiviti pungutan zakat oleh individu tidak dilantik atau diberi kuasa oleh Mais atau Zakat Selangor.

Sumber : Sinar Harian

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas