Connect with us

Oh! Media

Hari terakhir Vendor Meet, Apa Anda Boleh Dapat di Booth Kami

Umum

Hari terakhir Vendor Meet, Apa Anda Boleh Dapat di Booth Kami

Selamat datang ke laman OhGeekz. Di sini kami ingin menyampaikan pesanan anda semua masih berkesempatan untuk mengunjungi festival Vendor Meet yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Stadium Malawati Shah Alam. 
Pada pagi ini, anda boleh berjumpa dan melihat persembahan artis seperti Joe Flizzow dan ramai lagi. Kami di OhGeekz membuka booth bersebelahan stage utama di mana anda dapat melihat booth OhMedia. Pada hari ini sahaja, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan gajet, telefon pintar, aksesori telefon, t-shirt OhMedia dan t-shirt OhGeekz. Harga jualan pada hari ini sangan berbeza dengan harga jualan online. Istimewa untuk pelanggan hari ini sahaja.

Jom beramai-ramai memeriahkan festival ini dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Singgah di booth kami untuk mendapatkan pelbagai barangan telefon pintar dengan harga yang sangat istimewa. Sambil-sambil tu anda juga boleh menderma ikhlas untuk tabung Syria di mana segala kutipan akan disalurkan kepada saudara-saudara agama Islam kita yang tidak senasib seperti kita di Malaysia. Hanya di OhGeekz!!!

ADVERTISEMENT

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas