Connect with us

Oh! Media

Harga Rumah di Kuala Lumpur Hadapi Penurunan Dalam Tempoh Setahun

Prima teres 2 tingkat cjpg

Oh! Lifestyle

Harga Rumah di Kuala Lumpur Hadapi Penurunan Dalam Tempoh Setahun

Harga rumah kediaman di Kuala Lumpur mencatatkan kejatuhan buat pertama kali dalam tempoh setahun, menurut firma penyelidikan hartanah global.

Menurut Portal The Edge yang memetik laporan Indeks Kediaman Bandar Raya Suku Ketiga 2018 oleh Knight Frank Global berkata, harga hartanah di Kuala Lumpur jatuh seba­nyak 0.6 peratus daripada suku ketiga 2017 hingga suku ketiga 2018.

Selain Kuala Lumpur, bandar raya utama yang mencatatkan kejatuhan harga kediaman ialah London sebanyak -0.3 peratus, Melbourne (-1.5 peratus) dan Shanghai (-0.2 peratus).

IKLAN

“Campuran pembantutan ekonomi (tidak berubah/statik), kadar pembangunan yang tinggi dan tahap kemampuan yang terhad menyumbang kepada pengurangan harga perumahan di pasaran bandar raya,” demikian menurut laporan berkenaan.

Daripada 150 bandar raya utama yang disenaraikan dalam laporan itu, Kuala Lumpur berada pada kedudukan 129 selepas Jerusalem yang merekodkan penurunan harga rumah 0.5 peratus bagi tempoh sama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas