Connect with us

Oh! Media

Harga RON95 Tidak Akan Naik Mendadak? Seriously?

Oh! Negara

Harga RON95 Tidak Akan Naik Mendadak? Seriously?

Harga runcit RON95 tidak akan naik mendadak. Itulah jaminan yang diberikan oleh Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Hurm, boleh percaya atau tidak? Ok jom kita tengok dulu alasan yang diberi.

ADVERTISEMENT

Seperti yang Ohmedia maklumkan dalam artikel sebelum ini, pemberian subsidi minyak selepas ini hanya akan diberikan kepada mereka yang layak dan harga minyak juga akan diapungkan. Jadi, jaminan yang diberikan oleh Menteri adalah dengan melihat kenaikan ini tidak memberikan kesan yang mendadak kepada rakyat.

Saya ingin tekankan bahawa ia (adalah secara) ‘gradual’ (berperingkat). Itu prinsip kita sepakati bagi keseluruhan Jemaah Menteri sebab ketika harga diapungkan nanti, jika kita benarkan lonjakan RM2.50 atau RM2.45, impak ekonominya sukar diperbetulkan. Jadi ‘gradual’ itu apakah satu sen, dua sen atau tiga sen, (harga minyak) bergantung kepada situasi pada bulan Januari (tahun depan). Menjangkakan harga minyak mentah AS$45 ke AS$60 setong, kita sudah boleh membuat ramalan. Jadi, selamat untuk saya katakan ‘gradual’ (peningkatan berperingkat) sejajar pelaksanaan program subsidi petrol bersasar tahun depan itu adalah sangat minimum supaya tidak memberi kesan parah kepada rakyat, katanya.

Jadi dari apa yang dijelaskan di sini, menteri dilihat akan memastikan mereka yang tidak mendapat subsidi turut dapat merasakan harga runcit petrol yang murah. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang dirancang oleh kerajaan baru ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas