Connect with us

Oh! Media

Harga rasmi Oppo F1 Plus, sekitar RM 1900

Umum

Harga rasmi Oppo F1 Plus, sekitar RM 1900

Pengeluar telefon, jenama Oppo telah merasmikan produk terbaru mereka iaitu Oppo F1 Plus. Telefon ini akan dilancarkan secara rasminya  pada esok iaitu 7 April dan  awal hari ini, telefon pintar ini telah dibuka untuk tempahan melalui kedai atas talian rasmi Oppo Malaysia. 
Ketua Pegawai Eksekutif Oppo, Encik William Fang telah memuat turun satu gambar Oppo F1 Plus di akaun Facebook peribadi beliau dengan memberitahu harga penjualan telefon pintar ini akan berada pada kadar RM 1,500-RM2,000 dan terdapat  lagi satu sumber dari Facebook, iaitu kedai konsep Oppo Ipoh Garden Tesco mengesahkan Oppo F1 akan dijual pada harga RM 1,898.
Oppo F1 Plus ini hadir dengan skrin paparan IPS LTPS AMOLED berukuran 5.5 inci, cip pemprosesan Octa dengan berkelajuan 2.0Ghz, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,850mAh yang menyokong proses pengecasan pantas.
Selain itu, telefon pintar ini juga hadir dengan kamera utama 13MP, juga terdapat kamera selfie sebanyak 16MP dengan aperature f/2.4 untuk di hadapan dan f/2.0 di bahagian belakang.
Oppo F1 Plus ini jugak akan hadir dengan sokongan dwi-SIM (nano+nano), slot microSD (tambahan 128GB), Wifi 802.11b/g/n, sistem GPS dan ColorOS 3.0 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.
Oppo menawarkan dua jenis warna untuk peminat jenama ini iaitu warna emas dan juga emas ros. Tiada warna putih untuk model ini. Tapi tetap cantik. Hanya di ohGeekz.

ADVERTISEMENT

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas