Connect with us

Oh! Media

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor Bermula Julai 2014

Umum

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor Bermula Julai 2014

Kami dimaklumkan tentang kenaikan lesen memandu untuk kereta (Kelas D) dan lesen motor (B2) telahpun dinaikkan bermula semalam. Kenaikan harga lesen ini dikatakan berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang telah dinaiktaraf oleh JPJ mulai tarikh tersebut. Apapun sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi daripada pihak yang berkenaan melainkan maklumat yang akan dipaparkan nanti.

ADVERTISEMENT

Pembaharuan dan naiktaraf tersebut dikatakan merangkumi 3 elemen iaitu kelas KPP, buku teks KPK sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer.

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 2014

Mulai 14 Julai 2014 harga lesen memandu Kelas D dan Kelas B2 akan dinaikkan seperti berikut.
– Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000
– Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050

Senarai Harga Baru Lesen Kelas D (Kereta Manual)

Senarai Harga Baru Lesen Kelas B2 (Motorsikal)

Jika benar akan senarai harga terbaharu ini, tak hairanlah kalau makin ramai yang memandu kereta dan menunggang motosikal tak ada lesen. Bukan sebab mereka tak mahu ambil, tapi tak mampu.  Apapun kita berharap kerjaan akan memainkan peranan mereka untuk mengawal hal ini demi kepentingan rakyat Malaysia.

Perkembangan Terkini.

Dato’ Seri Liow Tiong Lai yang merupakan Menteri Pengangkutan mengesahkan melalui Twitter beliau yang harga lesen kenderaan tidak dinaikkan dan kekal seperti yang sedia ada buat masa kini hingga diumumkan kelak begitu juga dengan status KPP yang sepatutnya akan bermula 1 Ogos 2014 ini turut ditangguhkan. Terima kasih YB!

Cadangan Menu Berbuka Puasa?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas