Connect with us

Oh! Media

‘Harga Barang Mentah Terkawal Bukti Kejayaan Naccol’ – Pemuda Amanah

Umum

‘Harga Barang Mentah Terkawal Bukti Kejayaan Naccol’ – Pemuda Amanah

Majlis Tindakan  Sara Hidup Negara (Naccol) berjaya mengawal harga barang mentah sepanjang musim perayaan, ini dikuatkan lagi kurangnya rungutan dikalangan pengguna, kata Pemuda Amanah.

ADVERTISEMENT
Dipetik dari MalaysiaKini, ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata ia bukti kejayaan beberapa kementerian terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Langkah memasukkan 27 senarai barangan mentah dan memanjangkan tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) daripada 15 hari kepada 30 hari telah menunjukkan hasil positif,” katanya dalam satu kenyataan.

Naccol memiliki tiga peringkat, iaitu majlis tertinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, disusuli jawatankuasa eksekutif serta jawatankuasa peringkat pegawai.

Sumber : MalaysiaKini

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas