Connect with us

Oh! Media

Hard Rock Cafe dan Hard Rock Hotel Pertama Di Negeri Sembilan Bakal Dibina

Oh! Lifestyle

Hard Rock Cafe dan Hard Rock Hotel Pertama Di Negeri Sembilan Bakal Dibina

Pembinaan Hard Rock Cafe (HRC) dan Hard Rock Hotel pertama di Negeri Sembilan nampaknya akan diteruskan apabila ia dikatakan akan dibina di Port Dickson selewatnya tahun ini di Batu 7, Teluk Kemang.

ADVERTISEMENT

Perkara ini disahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson dan telah meletakkan beberapa proses dan syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan projek ini berjaya.


Sumber gambar: The Edge Markets

“Hasil perbincangan yang dilakukan mereka bersetuju untuk memenuhi setiap syarat ditetapkan, malah tidak menuntut syarat baru sebaliknya berjanji akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

“Antara syarat yang kita tetapkan menjaga kebersihan pantai, memelihara alam sekitar, menggunakan pekerja tempatan, kebajikan dan kediaman pekerja, latihan perhotelan,” katanya.

Anwar Ibrahim juga memberi jaminan bahawa projek Hard Rock ini adalah seperti projek-projek biasa dan tidak akan dibenarkan untuk menjual arak secara melimpah dan perlu mengikut syarat yang ditetapkan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas