Connect with us

Oh! Media

Hanya Pengguna MyKad, MyTentera dan MyKid Sahaja Layak

Oh! Lifestyle

Hanya Pengguna MyKad, MyTentera dan MyKid Sahaja Layak

Langganan pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 dan RM50 bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL yang diumumkan dalam Bajet 2019 baru-baru ini hanya boleh dibuat menerusi kad MyKad, MyTentera dan MyKid.

ADVERTISEMENT

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata penggunaan kad pengenalan warganegara Malaysia menerusi fungsi Touch ‘n Go bagi memastikan inisiatif itu dinikmati hanya oleh rakyat tempatan.

Katanya, pas perjalanan dijangka boleh mula dilanggan pada 1 Disember ini dan digunakan bermula 1 Januari 2019.

“Langganan pas ini boleh dibuat di semua kaunter di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dan empat hab bas iaitu Hab Bandar Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) dan Terminal Kajang.

“Pas perjalanan ada untuk tempoh 30 hari dan ia bukan pas bulanan. Tempoh 30 hari adalah bermula daripada tarikh penggunaan pertama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke berkata, penggunaan pas perjalanan itu membabitkan enam mod pengangkutan iaitu MRT, LRT, monorel, bas Rapid KL, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas pengantara MRT.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas