Connect with us

Oh! Media

Haniff Hamzah Ingin Kongsi Wang Pendapatan Kepada Orang Yang Memerlukan

Oh! Lifestyle

Haniff Hamzah Ingin Kongsi Wang Pendapatan Kepada Orang Yang Memerlukan

Penyampai radio Era, Haniff Hamzah ingin berkongsi wang pendapatan beliau kepada orang yang memerlukan. Beliau sedar ramai di kalangan kita telah hilang punca pendapatan semenjak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan pergerakan disebabkan wabak Covid-19 yang kini telah mencatat lebih 2,000 kes di negara kita.

ADVERTISEMENT



Menurut Haniff, beliau sangat menghormati orang yang sentiasa membantu dari segi kudrat dengan melakukan penghantaran makanan kepada pelajar, orang susah dan barisan hadapan yang membantu untuk mencegah penularan wabak COVID-19.




Oleh yang demikian, Haniff akan kongsi baki 60% jumlah pendapatan beliau selepas tolak bayar sewa dan pinjaman. Kepada mereka yang memerlukan bantuan boleh mohon di ruangan mesej di Twitternya. Beliau akan melihat setiap masalah mereka terlebih dahulu. Haniff juga berharap ramai pihak akan bantu untuk memberi sumbangan walaupun ianya sumbangan yang kecil.

OHMEDIA : SEMOGA PERKARA BAIK YANG HANIFF LAKUKAN INI AKAN MENJADI IKUTAN MASYARAKAT DI LUAR SANA


Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Haniff Hamzah ingin kongsi wang pendapatan kepada orang yang memerlukan di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas