Connect with us

Oh! Media

Aduan Pengguna Merasa Diri Tertipu Dengan Groupon

Umum

Aduan Pengguna Merasa Diri Tertipu Dengan Groupon

Pelbagai cara yang dilakukan untuk terus mengaut keuntungan. Paling biasa kita jumpa pun syarikat-syarikat ni akan jual barang berjenama tetapi bukanlah yang benar-benar asli. Tapi apa yang dilakukan Groupon ini nampaknya lebih teruk apabila mempromosikan barangan berjenama, tetapi apa yang pelanggan mereka terima berjenama cap ayam.

ADVERTISEMENT

Berikut adalah aduan yang diterima:

Salam pihak oh!media yang mantap. Ayah saya kena scam dengan syarikah groupon malaysia. So ni ada bukti dan proof yang kami kena scam. Masa mula2 complain kat wall fb dia. Dia kata kita salah baca iklan dia. Di sini saya kasi linik asal ayah saya berserta gambar bukti yang mmg iklan dia mislead. Then skrg kami da kena banned dari group tu. Mohon jasa baik pihak tuan untuk sebarkan penipuan ini agar orang lain tidak terkena. Terima kasih.

Berikut adalah keluhan hati ayah si pengadu yang tertulis di Facebook miliknya.

“I have been dubbed and misled by Groupon advertisement and e-mail sent to me. Its all a BIG LIES. I have place an order of Tefal non stick pan for only RM 23.90. However when the package arrived it was Supor non stick pan. When I inquire, the answer given was, that there is a fine print. I knew it was too good to be true.
Since then I have removed my email from their mailing distribution. So ALL of you out there, do not fall into their SCAM AND LIES.
Photo 1 show you their advertisement…
Photo 2 is my order….
Photo 3 is what i received…”

Photo 1: Iklan dalam email yang diterima
Photo 2: Pembelian yang dibuat di website Groupon
Photo 3: Barangan yang diterima

Groupon Malaysia seharusnya lebih professional dalam menyelesaikan hal ini bukan dengan menyekat akses kepada pelanggan tersebut. Bila terjadinya sikap seperti ini, ianya merosakkan kredibiliti yang dibina Groupon selama ini yang mana banyak juga yang ditawarkan murah dan apa yang diterima pelanggan amat memuaskan hati.

Kami menasihatkan pengguna yang menjadi mangsa penipuan seperti ini menuntut hak anda dengan membuat laporan ke persatuan pengguna agar tiada lagi insan lain yang teraniaya dengan jenis pemasaran sebegini.

—————————

Perkembangan terkini.

Selepas artikel ini ditulis untuk bacaan umum, pihak Groupon telah mengambil tindakan yang bijak dengan menghubungi mangsa dan memohon maaf serta mengakui kesilapan pihak mereka. Tahniah Groupon kerana bertindak bijak.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas