Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Gajah Berusia 60 Tahun Dibutakan & Diseksa Akhirnya Diselamatkan

Umum

(Gambar) Gajah Berusia 60 Tahun Dibutakan & Diseksa Akhirnya Diselamatkan

ADVERTISEMENT

Lakhi, seekor gajah berusia 60 tahun melalui perjalanan hidup yang cukup menyeksakan sejak dia dibela oleh tuannya. Berat sungguh seksaan yang dilalui oleh Lakhi sehingga kedua belah matanya telah dibutakan oleh tuannya sendiri, malah turut dipukul, dirantai, diseksa semata-mata untuk mencari wang.

Setiap hari Lakhi akan dipaksa mengemis di pelbagai kuil dan bandar-bandar kecil malah turut membuat pelbagai persembahan gajah sebagai cara tuannya mendapatkan wang. Diseluruh badannya dapat dilihat dengan jelas kesan luka dan bengkak di bahagian dada, dahi, telinga dan belakang kesan akibat diseksa.

Pada 25 February 2015 yang lalu, selepas lama bertahan dengan pelbagai penyeksaan, akhirnya Lakhi berjaya diselamatkan oleh Wildlife SOS Team. Perlahan-lahan Lakhi berjalan ke dalam sebuah lori yang disewa khas bagi menempatkan gajah malang ini ke rumah barunya.

Lakhi mengalami kecederaan kronik di tapak kaki dan kukunya akibat dipaksa berjalan diatas tar selama bertahun-tahun. Malah kakinya juga sentiasa dirantai dengan rantai yang berduri.

Demi untuk memulihkan kesihatan Lakhi dengan menyediakan makanan yang sesuai, beratnya telah ditimbang buat pertama kali sebaik sahaja sampai di rumah barunya di Elephan Conservation and Care Center.

OHMEDIA:  Setiap hidupan berhak untuk hidup bebas. Kalau nak bela, bela lah mereka sebaik mungkin dan janganlah menyeksa mereka kerana kita pun sama-sama makhluk Allah.

————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas