Connect with us

Oh! Media

Gadis Raih Pingat Emas Di Ireland, Harumkan Nama Malaysia Guna Nasi Lemak!

Oh! Lifestyle

Gadis Raih Pingat Emas Di Ireland, Harumkan Nama Malaysia Guna Nasi Lemak!

Sumber gambar dari World of Buzz

Tidak dinafikan negara kita mempunyai kulinari masakan yang sedap dan diakui oleh orang luar negara. Baru-baru ini, seorang gadis telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang masakan dengan memasuki sebuah pertandingan kulinari berprestij, iaitu Chef Ireland Culinary Competition 2020 yang diadakan di Dublin, Ireland.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari World of Buzz

Dengan Nasi Lemak Bunga Telang menjadi taruhan, gadis bernama Siti Safura Mohd Tawil telah berjaya memikat hati juri yang mengadili dan mendapat tempat pertama dalam pertandingan berkenaan dalam kelas masakan Asian-Indian. Menurut info yang Ohmedia dapat, Siti Safura juga telah dianugerahkan dengan pingat emas ketika pertandingan berkenaan berlangsung pada 4 dan 5 Februari di pameran Food @ Bev Live 2020.

Sumber gambar dari World of Buzz

Menurut sumber, pertandingan sedemikian diadakan adalah bertujuan untuk membantu tukang masak bagi mengasah bakat dan kebolehan mereka dengan skill dan pengetahuan saat diuji dalam pertandingan. Semoga berita ini menjadi pendorong kepada yang lain, bukan sahaja ia dapat mengarumkan nama Malaysia, bahkan mampu untuk membuka mata masyarakat dunia terhadap kesedapan kulinari masakan negara kita.

“Terima kasih Duta Malaysia Tyt Encik Zakaria dan isteri, Puan Junainah atas sokong yang diberi dan terima kasih juga Chef Boy, Chef Fauzan dan Encik Razman atas pendapat dan nasihat anda. Saya sangat menghargainya,” ujar Safura.



OHMEDIA: TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SITI SAFURA ATAS PENCAPAIAN YANG DIDAPATKAN. SEMOGA TERUS SUKSES!

Sumber: Borak Daily | World of Buzz

+ Baca respon pembaca kejayaan chef harumkan nama Malaysia di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas