Connect with us

Oh! Media

Gadis Maut Dikelar Teman Lelaki Diatas Highway Plus

Umum

Gadis Maut Dikelar Teman Lelaki Diatas Highway Plus

ADVERTISEMENT

Seorang gadis berusia 20 tahun menjadi mangsa kekejaman teman lelakinya sendiri apabila dia temui maut kerana lehernya dikelar di atas Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang.

Nursyuhada Johari yang juga seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.

Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.


“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.

 
Walaubagaimanapun, menurut keluarga mangsa, Nursyuhada dikatakan telah diculik terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Salah seorang ahli keluarga dan rakan Nur Syuhada ada menghubungi ibunya, memaklumkan mangsa dilarikan lelaki berusia 25 tahun itu.

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunus pisau kepada mangsa serta memaksa mengikutnya kira-kira jam 11.00 pagi.


OHMEDIA: Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas