Connect with us

Oh! Media

First Impression Kami Tentang Samsung Galaxy S9+

Umum

First Impression Kami Tentang Samsung Galaxy S9+

First impression, korang yang dah pakai Galaxy S8+ mungkin korang boleh skip dulu Galaxy S9+ ni sebab dari segi feel bila dipegang tu tak rasa berbeza pun cuma kedudukan fingerprint sensor yang dah lebih senang dicapai. Feel ni penting sebab itu perkara pertama yang akan buat korang fall in love. Kalau pegang tak rasa macam phone baru, tak syok la kan? Hehe.

ADVERTISEMENT

Galaxy S8+ dah cukup perfect dah tapi Galaxy S9+ ni dia perfectkan lagi apa yang dah pun perfect. Macamana tu? Based on respond dari pengguna sebelum ni.

Apa yang paling ohmedia suka, dalam S9 ni Samsung dah ubah layout menu camera dia jadi ala-ala iOS sikit. So lebih mudah nak tukar mode ke mode camera tu yang mana sebelum ni agak leceh sedikit. Lepas tu speaker dia pun Dolby Atmos, so bunyi memang sekeliling kita dengan bunyi 3 dimensi. Speaker atas bawah juga sama macam di iPhone.

Galaxy S9+ memang fokus pada kamera dia dari segi mengubah aperture mengikut keperluan kita. Sebut pasal kamera, Galaxy S9+ setakat ini berjaya memegang kedudukan rating DxOMark paling tinggi sebayak 99, diikuti Pixel 2 sebanyak 98, dan iPhoneX sebangak 97 secara keseluruhan dalam pelbagai ujian.

Paling tak sabar nak ambil gambar selepas ini dan kongsikan kepada anda. Selebihnya, awesome as always. Kalau korang pandai explore Android dan ecosystem Samsung sepenuhnya, ini adalah phone yang cukup sempurna dari semua aspek. Sama la best macam iPhone dan ecosystem dia. Setakat guna iPhone tapi tak ada Mac, korang takkan faham apa yang dimaksudkan dengan ecosystem dia tu. Tak kenal maka tak cinta.

Ketahui lebih banyak update tentang Galaxy S9 ini dengan lebih awal di Instagram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas