Connect with us

Oh! Media

Fazura Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

065b39d7 3d92 497a 91c4 5ae74a98e37djpeg

Oh! Artis

Fazura Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura yang selamat melahirkan anak sulungnya semalam.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini. Wajah dan nama cahaya mata perempuan mereka masih belum didedahkan.

Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW. Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 02 Oktober 2020.

Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga. Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. InshaAllah.

Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga.

Syukur Alhamdulillah.

IKLAN

Ohmedia tak sabar nak tengok wajah puteri kesayangan Fazura dan Fattah Amin. Apapun, selamat berpantang 44 hari!

OHMEDIA: TAHNIAH! SEMOGA MENJADI ANAK SOLEHAH KEPADA MUMMY DAN DADDY.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas