Connect with us

Oh! Media

Faradhiya Malu Lihat Rakan Artis Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Oh! Artis

Faradhiya Malu Lihat Rakan Artis Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Sedar atau tidak, kita sudah memasuki hari yang ke-33 pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di Malaysia tetapi masih ramai lagi mengingkari arahan dari pihak kerajaan.

ADVERTISEMENT

Alhamdulillah,inilah hasil dari kita semua yg mendengar kata kerajaan supaya duduk dirumah. Good job and congratulations Datuk Dr Noor Hisham,seluruh warga kkm and to all the frontliners,u guys are the real heroes!!! Salute!! So Proud!! Terbaik!! Terima kasih tak terhingga utk perjuangan menghapus Covid 19 💪🏻 Semoga kes baharu terus menurun 🤲🏻 Cuma nak pesan kepada segelintir yg masih DEGIL,baik artis dan org2 lain.Mintak maaf kata,saya naik menyampah tengok perangai manusia yg ckp besar dan bangga melanggar peraturan,saya malu apabila ada juga kawan2 seperjuangan saya yg perangai mcm tu jugak.Sekurang kurangnya tunjuk lah tauladan yg baik kepada masyarakat,Ini tidak,dgn berlagak dan taktau malunya dia melanggar peraturan dgn keluar pegi jogging (walaupon di kawasan rumah) keluar pegi beli barang dapur lebih dari sorang.Jgn ingat gelaran artis tu ada special treatment tak kene tahan ye,kita semua sama je mcm org2 lain,takde lebih takde kurang.Saya malu tgk perangai sorang2,Semoga korang dibukakan hati dan minda supaya berkelakuan baik selepas ini,please lah,mane tanggung jawab kita semua sebagai warga Malaysia?Baik yg artis atau pon tidak,please dgr kata kerajaan,jgn ketegaq sgt! Nat cool 🙄 #bravomalaysia 👏🏻 #siapamakancilidiarasapedas
A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on


Baru-baru ini, seorang penyanyi yang bernama Faradhiya telah berkongsi satu posting di Instagramnya, @faradhiya_fd meluahkan rasa geram terhadap segelintir masyarakat yang masih mementingkan diri sendiri dan bangga melanggar peraturan.

Cuma nak pesan kepada segelintir yang masih DEGIL, baik artis dan orang-orang lain. Minta maaf kata, saya naik menyampah tengok perangai manusia yang cakap besar dan bangga melanggar peraturan, saya malu apabila ada juga kawan-kawan seperjuangan saya yang perangai macam tu juga. Sekurang-kurangnya tunjuk lah tauladan yang baik kepada masyarakat. Ini tidak, dengan berlagak dan tak tau malunya dia melanggar peraturan dengan keluar pergi jogging (walaupun di kawasan rumah) keluar pergi beli barang dapur lebih dari sorang. Jangan ingat gelaran artis tu ada special treatment tak kene tahan ye, kita semua sama je macam orang-orang lain, tak ada lebih tak ada kurang. Saya malu tengok perangai sorang-sorang. Semoga korang dibukakan hati dan minda supaya berkelakuan baik selepas ini, please lah, mana tanggungjawab kita semua sebagai warga Malaysia? Baik yang artis atau pun tidak, please dengar kata kerajaan, jangan ketegaq sangat! Not cool.

Walau bagaimanpun beliau berterima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan petugas barisan hadapan kerana berjuang demi menghapuskan jangkitan wabak Covid-19.

Alhamdulillah, inilah hasil dari kita semua yang mendengar kata kerajaan supaya duduk di rumah. Good job and congratulations Datuk Dr Noor Hisham, seluruh warga KKM and to all the frontliners, you guys are the real heroes!!! Salute!! So Proud!! Terbaik!! Terima kasih tak terhingga untuk perjuangan menghapus Covid-19. Semoga kes baharu terus menurun.

Ohmedia doakan semoga kes jangkitan wabak virus ini semakin menurun pada setiap hari gais! Apa yang lebih penting, teruskan duduk di rumah dan jaga kebersihan pada tahap yang tinggi. Stay safe everyone!

OHMEDIA: KITA PASTI MENANG!


Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas