Connect with us

Oh! Media

Erra Fazira Sudah Sedia Berkahwin Lagi

Oh! Artis

Erra Fazira Sudah Sedia Berkahwin Lagi

Bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira berkata dia sendiri tidak pernah menutup pintu hatinya apabila bertanya mengenai soal jodoh. Malangnya sehingga sekarang masih belum ada lelaki yang dia sukai kerana pengalamannya menjadikan dia lebih berhati-hati dan susah untuk memberi kepercayaan kepada orang lain.

Nak tahu kenapa? Erra mengakui bahawa pengalamannya yang pernah berkahwin beberapa kali sebelum ini menjadikan dirinya lebih cerewet. Jadi, tak boleh main redah jer gais! Pendedahan itu telah dibuat ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut, Faith Fleur yang diadakan di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Siapa tak nak kahwin? Kalau ada alhamdulillah. Saya sendiri tak pernah pun menutup pintu hati saya cuma perasaan tak boleh dikawal atau dihalang. Kalau suka teruskan, tapi malangnya belum ada. Mungkin pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati. Bukan tiada orang merisik khabar tetapi kita ni susah nak percaya orang.

Kalau ada seru ke arah settle down, memang saya nak cuma nak pergi ke arah itu agak berhati-hati dan proses itu menjadikannya lambat. Katalah ada calon sekali pun saya takkan terus kata nak kahwin, tak boleh main redah sebab umur pun sudah berapa, ini pun bukan perkahwinan pertama saya. Saya sedia menjadi isteri sekali lagi dan itu antara doa saya setiap masa, untuk dipertemukan jodoh yang baik. Bermakna saya berhasrat berkahwin lagi, kita pun semakin tua…Perlukan teman.

Untuk pengetahuan, Erra Fazira pernah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada bulan Jun 2004 tetapi rumah tangga diorang hanya bertahan selama tiga tahun jer. Kemudian, dia berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan bercerai tahun 2014. Erra dan Emran telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

OHMEDIA: CEPAT MASUK LINE GAIS! ERRA TENGAH SINGLE TU.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

To Top