Connect with us

Ernie Zakri Perjelas Bagaimana Penghijrahan Beri Cabaran Kepada Dirinya

Oh! Artis

Ernie Zakri Perjelas Bagaimana Penghijrahan Beri Cabaran Kepada Dirinya

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan penghijrahan penyayi lagu Ku Bersuara, Ernie Zakri untuk bertudung. Jelas Ernie, pelaksanaan PKP memberikannya ruang membuka pintu hati untuk berhijrah, kekuatan untuk bertudung setelah sekian lama memendam niat berkenaan.

Dia yang mengambil keputusan untuk berhijab sebulan lalu menjelaskan bahawa, “seru” untuk bertudung berkenaan perlu dicari dan ia tidak datang dengan sengaja. Tambahnya, tempoh PKP memberi hikmah besar kepada dirinya.

Sumber gambar dari Remaja

Namun penghijrahan Ernie menghadapi pelbagai cabaran. Ramai yang mengecam tindakan Ernie berkenaan dianggap berfesyen semata-mata. Kerana timbul isu gambar Ernie tidak bertudung dalam mempromosikan satu kempen ramadan di stesen tv berbayar.

Dengan lebih jelas Ernie menceritakan bahawa gambar beliau tidak berhijab adalah dirakam pada bulan Februari, ketika Ernie belum mengambil keputusan untuk berhijab. Tambahnya ia berkaitan dengan kontrak dan perlu dilaksanakan walaupun sudah berhijab.

Sumber gambar dari Syazwan Rahman

Begitu juga dengan muzik video. Muzik video berjudul Gundah berkenaan turut menampilkan beliau tidak menutup aurat. Jadi bagi mengelakkan perkara menjadi lebih teruk dan dituduh tidak sensitif, Ernie mengambil keputusan untuk tidak banyak mempromosikan muzik video berkenaan.

OHMEDIA: APA YANG OHMEDIA HARAPKAN AGAR ERNIE ZAKRI TERUS ISTIQOMAH DALAM MELAKUKAN PENGHIJRAHAN. MEMANG BESAR DUGAAN SESEORANG UNTUK KEMBALI KE JALAN ALLAH. PESAN OHMEDIA, DAPATKAN SOKONGAN MORAL DARI AHLI KELUARGA TERDEKAT AGAR ERNIE TERUS DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK KEKAL BERHIJAB.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Ernie Zakri perjelas bagaimana penghijrahan beri cabaran kepada dirinya di Facebook Oh! Media



Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top