Connect with us

Oh! Media

Elewsmart Kena Pecah Masuk Dengan 2 Lelaki Bertopi Keledar, Ustaz Ebit Lew Rasa Sedih!

Umum

Elewsmart Kena Pecah Masuk Dengan 2 Lelaki Bertopi Keledar, Ustaz Ebit Lew Rasa Sedih!

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew memuatnaik berita sedih di akaun Instagramnya mengenai premis perniagaan, Elewsmart di sekitar Sungai Buloh dipecah masuk kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Menurut pendakwah bebas tersebut, dua lelaki bertopi keledar dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai serbanekanya sedang melakukan kerja yang tidak bermoral itu.

Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart Sg. Buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman CCTV, dua lelaki pakai topi keledar. Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. 

Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua ya, biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik.

Apapun, Ohmedia doakan agar dua suspek terbabit ditangkap dengan secepat mungkin oleh pihak polis kerana doa orang teraniaya ni selalunya Allah akan makbulkan.

OHMEDIA: TAK BAIK BUAT MACAM TU!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas