Connect with us

Oh! Media

Eizlan Yusof Kecewa Anaknya Dituduh Sengaja Cari Publisiti Murahan Kononnya Kemalangan

Umum

Eizlan Yusof Kecewa Anaknya Dituduh Sengaja Cari Publisiti Murahan Kononnya Kemalangan

Baru-baru ini, Eizlan Yusof tampil untuk menjelaskan tentang kejadian kemalangan anaknya, Zareef Yusof pada 11 Julai lalu pada sidang media khas hari ini dan dia mahu Polis Diraja Malaysia menjelaskan semula bagi membersihkan nama anaknya.

ADVERTISEMENT

“Sebagai ayah, saya sedih apabila masyarakat mempertikai anak saya dan tidak mahu dia dituduh sengaja mencari publisiti murahan. Saya bimbang tanggapan itu memberi kesan kepadanya pada masa akan datang,” katanya.

Kemalangan yang dihadapi anaknya itu membabitkan dua wanita kru penggambaran berusia 23 dan 43 tahun yang menaiki Vios dan seorang tukang rumah lelaki berusia 48 tahun yang menaiki Proton Wira. Ketika kejadian itu berlaku, anaknya ditemani oleh ibu saudaranya yang juga menjadi personal assistant anaknya yang memandu kenderaan tersebut.

“Ketika laporan dibuat, Nur Zuriati masih tidak stabil. Saya bukan mahu menghentam polis, malah sayangkan PDRM yang banyak berjasa kepada masyarakat. Saya rasa perkara ini perlu dijelaskan semula kerana kasihankan anak apabila masyarakat mempersoal, sedangkan dia terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Zareef telah terbabit dalam kemalangan yang membabitkan dua kereta iaitu kereta Vios dan Proton Wira di Simpang 4 Parit Gambut Sungai Besar, Selangor ketika dalam perjalanan ke lokasi shooting Mak Cun musim kelima. Mujurlah anaknya tidak mempunyai kecederaan yang serius.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas