Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew Berhasrat Buka 10 Pasaraya Paling Murah Di Malaysia

Umum

Ebit Lew Berhasrat Buka 10 Pasaraya Paling Murah Di Malaysia

Bila sebut tentang seseorang yang suka hulurkan bantuan tanpa mengira penat, pasti kita akan terbayang seorang pendakwah bebas bernama Ebit Lew. Rakyat Malaysia amat menyokong dan menyenangi apa yang dilakukan oleh Ebit Lew walaupun menghadapi beberapa cabaran.

Terbaru, Ebit Lew dalam satu perkongsian telah meluahkan hasratnya untuk membuka 10 buah cawangan pasaraya yang akan menjual barangan runcit yang akan diberi nama Elews Mart.

Ebit Lew yang sememangnya menjalankan perniagaan kini sedang dalam usaha untuk mencari pembekal yang boleh menawarkan harga yang paling murah untuk pasaraya yang bakal dibuka dan Ebit Lew akan menjadikan harga barangan di dalam Elews Mart paling murah untuk membantu semua rakyat Malaysia, terutama mereka yang susah.



Usaha yang diumumkan Ebit Lew ini juga mendapat sokongan yang padu dari kalangan rakyat dan ramai yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

OHMEDIA: TERIMA KASIH USTAZ EBIT LEW KERANA TIDAK PENAT MEMIKIRKAN CARA UNTUK MEMBANTU KAMI. MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBANTU USAHA YANG BAIK INI AGAR MENJADI KENYATAAN.

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca yang menyokong usaha Ebit Lew ini di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top