Connect with us

Oh! Media

Aduan : Dua Utas Jam Hilang, Beg Di Selongkar Di Airport

Umum

Aduan : Dua Utas Jam Hilang, Beg Di Selongkar Di Airport

Kami menerima satu aduan dari salah seorang followers Oh! Media yang mendakwa begnya telah diselongkar oleh pihak tertentu di airport ketika beliau dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kota Kinabalu. 
Pengadu mengesyaki begnya telah diselongkar kerana barangan didalam begnya berselerak dan dua utas jam G-Short telah hilang.

Salam admin… Saya nak share sikit kejadian yang menimpa saya pagi tadi… Penerbangan balik kampung dara JB (Senai Airport) ke Kota Kinabalu… Beg saya telah di selongkar dan barang yang hilang 2 biji jam tangan G-Shock berharga RM1k lebih.. Beg dah kunci.. Sampai rumah je saya buka beg dah bertaburan barang.. Saya patah balik dan buat report. Pada mulanya pihak pengurusan airport KK (terminal 2) taknak bertanggungjawab atas kejadian ni sebab saya dah sampai rumah katanya… Beg memang tak mengalami kerosakkan.. Setelah bertegang urat hampir 30minit, baru la pihak yang dikenali sebagai “Lost and Found Department” setuju menerima report saya.. Itu pun sebagai rujukkan sahaja dan bukan untuk tindakan susulan.. Saya tak puas hati, saya pegi lagi buat report polis… Saya meminta untuk melihat rakaman cctv… Tapi pihak airport KK dan JB tidak membenarkan saya untuk melihat rakaman tersebut atas faktor keselamatan antaranbangsa kononnya.. Tolong sebarkn hal ni supaya tidak terjadi dengan rakan2 kita yang lain.. – Kiey de Great’z

Walaubagaimanapun, pengadu tidak dapat mengesahkan bahawa begnya telah diselongkar di airport JB atau airport KK.

ADVERTISEMENT

Semoga kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi, dan pihak pengurusan airport lebih bertanggungjawab menjaga barangan penumpang dengan baik.

  

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas