Connect with us

Oh! Media

Dr.Zulkifli Hidu Kakitangan Mengular Waktu Kerja. Ini Teguran Padu Dr Zulkifli

Oh! Negara

Dr.Zulkifli Hidu Kakitangan Mengular Waktu Kerja. Ini Teguran Padu Dr Zulkifli

Oh, mentang-mentang semalam Dr. Zulkifli tak sempat masuk pejabat, ingat boleh lepas?! Hari ini merupakan hari ke-2 Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri memulakan tugasnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan beliau sudah menegur staf di bawahnya.

ADVERTISEMENT

Dr Zulkifli mengatakan yang dia bukanlah jenis kerja one man show dan akan perkenalkan cara kerja mengikut sistem piramid kepada semua kakitangannya.

Saya suka kerja secara piramid, saya bukan one man show. Mulai sekarang juga setiap ketua perlu ada laporan mingguan bagi kakitangan bawahannya. Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana. Takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok. – Tegasnya semasa melakukan Tausiyah Am kepada kakitangan jabata dan agensi agama.

Dr Zulkifli mahu kakitangannya menekankan konsep awalan iaitu datang kerja awal dan siapkan kerja awal kerana nikmat yang mereka terima untuk bekerja di kementerian adalah untuk rakyat dan masa itu pula seperti emas.

Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya. Ini konsep tidak sihat. Padahal, kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal. – Katanya lagi.

Selain itu, Dr Zulkifli juga mahu kualiti kerja kakitangan jabatan dan agensi setaraf dengan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melakukan kerja dengan profesional.

Aha, jadi harapnya kakitangan yang bekerja di bawah Dr Zulkifli kenalah lebih bersemangan sebab Dr Zulkifli ada kata nak bagi hadiah juga tu dekat pekerja yang 200% cemerlang.

Dalam masa yang sama, Dr Zulkifli turut berkongsi satu lukisan yang menunjukkan dia sedang menegur kakitangan yang sedang makan.




OHMEDIA: BANYAK LAGI NAMPAKNYA PERUBAHAN YANG AKAN DIBAWA SELEPAS INI DAN DIHARAPKAN DR ZULKIFLI SENTIASA DALAM RAMATNYA DAN DILINDUNGI ALLAH SENTIASA.

Sumber: Dunia Akhirat

+ Baca respon pembaca yang kagum dengan tindakan De Zulkifli di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas