Connect with us

Oh! Media

Drive-in Cinema Ala Oversea Di Ipoh Undang Reaksi Netizen!

Umum

Drive-in Cinema Ala Oversea Di Ipoh Undang Reaksi Netizen!

Kebiasaanya konsep drive-in cinema dibuat oleh negara lain seperti Australia. Bagi korang yang tak tahu, konsep drive-in cinema ini membolehkan korang menonton wayang dari kereta sahaja. Bagaimanapun drive-in cinema ini memerlukan kawasan yang luas untuk orang ramai meletakkan kereta masing-masing serta skrin layar yang besar, agar mudah dilihat.

ADVERTISEMENT

Namun terdapat satu perkongsian dari seorang pengguna Twitter, @Qu_syafiq menyatakan bahawa drive-in cinema ini akan tiba di Ipoh. Lokasinya terletak di Bandar Meru Jaya, berdekatan dengan Kedai Char Kueytiaw Abang Sayang. Namun tidak dapat dipastikan bahawa drive-in cinema ini bila ia akan dibuka secara rasmi.

Perkongsian berkenaan mendapat reaksi pengguna Twitter lain di laman sosial berkenaan. Ada yang berkata bahawa skrin yang digunakan kelihatan kecil dan tidak sesuai. Ada juga yang mendakwa skrin final bola sepak kedai mamak lebih besar dari skrin yang digunakan. Selain itu ada juga yang berseloroh, meminta jabatan agama untuk stanby bila drive-in cinema ini dibuka.

Ada juga pengguna Twitter yang positif dengan hal ini sambil mengutarakan cadangan, antaranya menggunakan sistem frekuensi untuk audio drive-in cinema berkenaan disamping menyarankan agar menggunakan skrin yang lebih besar seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan.



OHMEDIA: UNTUNG LE OGHANG IPOH DAPAT NENGOK WAYANG DARI KERETA LEPAS NI. ALA-ALA OVERSEA GITU. TAPI PIHAK PENGURUSAN KENA PASTIKAN KERETA BESAR DUDUK BELAKANG. KALAU TAK NAYA KERETA KECIL, BELI TIKET WAYANG TAPI DAPAT TENGOK NO. PLATE ALPHARD JE, KAH!

Kredit: Twitter @Qu_syafiq

+ Baca respon pembaca drive-in cinema ala oversea di Ipoh di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas