Connect with us

Drama Band Bikin Hal Lagi, Buat Lagu Sindir Kluster Kayangan

Oh! Artis

Drama Band Bikin Hal Lagi, Buat Lagu Sindir Kluster Kayangan

Macam-macam cerita yang kita dengar mengenai karenah-karenah pesakit dari kluster tertentu yang membuatkan kita jelik mendengarnya. Susulan dari itu, Aepul Roza telah melancarkan single kumpulan mereka berjudul ‘Kayangan’ bagi menyindir karenah pesakit-pesakit kluster berkenaan.

Aepul mendedahkan lagu ini dibuat hasil maklumat yang diperolehinya dari petugas-petugas kesihatan yang terpaksa menghadap karenah pesakit-pesakit kluster kayangan yang didakwa tidak beradap ketika melakukan ujan saringan COVID-19.



Menjelaskan lebih lanjut, tujuan lagu berkenaan dibuat adalah untuk menegur pesakit kluster berkenaan agar lebih beradap. Baginya, manusia adalah sama, tanpa mengira status. Jelasnya lagi, melodi dan lirik lagu berkenaan disiapkan dalam tempoh 15 minit.

Menyedari akan dikecam kerana cuba mengambil isu kluster kayangan sebagai bahan promosi lagu baru, Aepul menjelaskan bahawa lagu berkenaan adalah untuk menyampaikan mesej berguna kepada orang diluar sana. Sebelum ini, selain Drama Band, Monoloque juga tampil dengan lagu sedemikian.

OHMEDIA: BIASALAH MEREKA NI, ASAL LEBIH SIKIT JE NAK KENA LAYAN LEBIH. TAPI YANG PASTI BUKAN SEMUA MACAM TU, SEGELINTIR SAJA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Drama Band bikin hal lagi, buat lagu sindir kluster kayangan di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top