Connect with us

Oh! Media

Doktor dan Pakar Forensik Akan Dipanggil Sebagai Saksi – Inkues Adib

Umum

Doktor dan Pakar Forensik Akan Dipanggil Sebagai Saksi – Inkues Adib

Berikutan dengan kes anggota bomba Adib yang meninggal dunia akibat kecederaan teruk dipercayai dipukul sewaktu rusuhan kuil tempoh hari, seramai 30 saksi akan dipanggil dalam prosiding inkues kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim bermula 11 Februari depan.

ADVERTISEMENT

Mereka termasuk enam saksi profesional iaitu melibatkan doktor dan pakar forensik yang merawat serta membedah siasat Muhammad Adib.

Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah berkata, doktor-doktor tersebut adalah dari Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, pegawai penyiasat kes dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan dipanggil sebagai saksi profesional.

“Saksi lain adalah terdiri daripada anggota bomba, ahli keluarga dan orang awam.

“Kita juga akan menanyangkan rakaman video berhubung kejadian melibatkan Muhammad Adib yang tular sebelum ini dalam prosiding inkues ini,” katanya dalam pengurusan kes inkues itu sebentar tadi.

Mahkamah turut memutuskan prosiding inkues akan berjalan dalam empat sesi selama 44 hari bermula 11 Februari hingga 12 April depan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas