Connect with us

Oh! Media

“Document”, Ciri Terbaru dalam Applikasi WhatsApp

Document2bwhtsapppng

Umum

“Document”, Ciri Terbaru dalam Applikasi WhatsApp

WhatsApp, applikasi mesej segera yang dimiliki oleh Facebook kini mempunyai beberapa pelan dan visi yang radikal pada tahun ini. WhatsApp yang telah mengumumkan bahawa mereka akan menghapuskan yuran tahunan yang dikenakan pada pengguna dan telah menyatakan mereka akan menghentikan sokongan terhadap beberapa platform seperti Nokia Symbian OS serta BlackBerry OS menjelang tahun 2016.
Applikasi WhatsApp kini akan menyediakan satu ciri baru yang membolehkan pengguna menghantar sebarang dokumen kepada pengguna lain melalui aplikasi ini. Ciri terbaru “Document” masih lagi dalam ujian “Beta” dan dijangka versi yang lebih stabil akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada pengguna Android terdahulu dan selepasnya kepada pengguna iOS.

Pada masa ini, dokumen yang boleh dihantar melalui WhatsApp “document” ini hanya terhad kepada fail jenis PDF sahaja dan tiada sebarang maklumat adakah jenis fail dokumen selain PDF juga akan disokong pada versi terakhir.

IKLAN
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas