Connect with us

Oh! Media

Dibuang Sekolah Akibat Hina Palestin Dengan Gelaran ‘Babi’ Di TikTok

Umum

Dibuang Sekolah Akibat Hina Palestin Dengan Gelaran ‘Babi’ Di TikTok

Sedang kita mendoakan keselamatan penduduk Palestin, terdapat seorang pelajar yang tidak menunjukkan rasa sokongan terhadap negara itu selain turut melontar kata-kata hinaan kepada negara islam itu.

ADVERTISEMENT

Kejadian dikatakan berlaku di Indonesia apabila seorang pelajar perempuan dari sekolah Menengah di Bengkulu Sumatera dibuang sekolah selepas memuat naik satu video memaparkan dirinya menghina Palestin di Laman Tiktok.

Pelajar tersebut yang tidak didedahkan identitinya memuat naik sebuah video dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Palestin dengan gelara ‘Babi’ selain turut mengatakan mereka layak dibunuh.

Kejadian ini serupa dengan satu lagi kandungan di Tiktok yang dimuat naik oleh seorang lelaki dari Wilayah Nusa Tenggara Barat, akibatnya, dia telah berdepan hukuman penjara enam tahun kerana melanggar Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (UUITE).

Biarpun gadis tersebut tidak didakwa kesalah jenayah, dia telah didatangi anggota polis untuk memberikan nasihat kepada pelajar tersebut tentang bahaya ucapan kebencian di media sosial.

Walaubagaimanapun, gadis itu sudahpun membuat permohanan maaf secara terbuka kepada masyarakat dan negara Palestin akan tindakkannya itu dan berjanji akan menerima sebarang hukuman.

Ketua Lembaga Pendidikan Bengkulu Tengah, Adang Parlindungan berkata,  beliau telah mengusir pelajar itu dari sekolah kerana perbuatannya itu telah mencemarkan imej pendidikan di Bengkulu Tengah.

Sejurus pengusiran pelajar itu, muncul pula Persatuaa Pendidikan dan Guru (P2G) yang mengkritik tindakkan sekolah itu membuang pelajar tersebut dan menyalahkan guru di sekolah itu yang tidak mendedahkan penderitaan rakyat Palestin kepada pelajar tersebut.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas