Connect with us

Oh! Media

Dibawa Ke HKL, Haziq Mungkin Dibebas Dengan Jaminan Polis

Untitled 1png

Oh! Negara

Dibawa Ke HKL, Haziq Mungkin Dibebas Dengan Jaminan Polis

Ketua AMK PKR Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang individu dalam video lucah tular dijangka bebas dengan jaminan polis hari ini.
Peguamnya, Ramesh Sivakumar memberitahu, pihaknya dimaklumkan anak guamnya kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ramesh berkata, pegawai penyiasat (IO) Asst Supt Khairul memaklumkan bahawa Haziq yang ditahan pada Jumaat telah dibawa ke balai polis Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur.
“Menurut IO dia tidak akan direman dan akan diberi jaminan polis,” ujarnya sewaktu dihubungi.
Pada Jumaat, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Berdasarkan tiket, dia dalam perjalanan untuk ke Manila, Filipina. Difahamkan Haziq ditahan di KLIA kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat. Terdahulu, media melaporkan polis sudah menahan Haziq di KLIA antara pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang semalam.
Sumber : New Malaysian Post

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

IKLAN

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas