Connect with us

Oh! Media

Tempat Di Sabah Ini Membuatkan Anda Seolah-Olah Berada Di New Zealand

Umum

Tempat Di Sabah Ini Membuatkan Anda Seolah-Olah Berada Di New Zealand

Ramai yang mempunyai impian untuk melancong ke luar negara terutamanya negara yang beriklim sejuk dan mempunyai permandangan yang cantik namun terhalang dengan kekangan wang ringgit kerana memerlukan bajet yang besar. 
Jangan risau. Sebenarnya anda semua tak perlu pergi jauh keluar negara untuk mendapat itu semua. Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah boleh membuatkan anda seolah-olah berada di New Zealand.
Desa Dairy Farm yang terletak di kaki gunung Kinabalu di Kundasan, Sabah kini kian menjadi pilihan para pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati permandangan indah malah beriklim sejuk. 

ADVERTISEMENT

Ladang seluas 199 hektar ini menjadi tempat penternakan lembu dan
menghasilkan 900,000 liter susu lembu segar setiap tahun. Desa Dary Farm
ini terletak kira-kira 100km daripada bandar Kota Kinabalu dan
mengambil masa 2 jam untuk sampai jika menaiki kereta.

Bukan sekadar melihat permandangan yang indah dan cantik tapi anda juga berpeluang menikmati pelbagai jenis susu segar dan aiskrim yang sedap buatan orang tempatan yang terjamin kesedapannya.

OHMEDIA: Semuanya ada di Malaysia rupanya. Takperlu pegi jauh-jauh ke luar negara.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas