Connect with us

Oh! Media

Dengan Penuh Sebak, Pelarian Syria Ini Doakan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Umum

Dengan Penuh Sebak, Pelarian Syria Ini Doakan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Meskipun hidup tidak sesenang mana yang dihimpit dengan perang tidak memaksa pelarian-pelarian Syria melupakan kebaikan yang telah rakyat Malaysia buat sebelum-sebelum ini. Berbanding dengan kehidupan kita di Malaysia, pelarian-pelarian Syria ini atas dasar saudara sesama Islam, mereka telah mendoakan rakyat Malaysia agar musibah COVID-19 yang melanda negara kita segera reda.

ADVERTISEMENT

Dalam doa berkenaan, turut menyatakan kebaikan yang telah kita buat pada mereka, mungkin melalui sumbangan dari NGO dan badan-badan korporat. Jadi sebagai membalas jasa mereka telah memohon dalam doa agar segala ketakutan serta kekusutan yang melanda digantikan dengan ketenangan dan juga memohon agar rakyat Malaysia khususnya berada dalam lindungan Allah.

Video dari NGO SyriaCare yang dikongsi oleh Facebook Astro Awani ini telah mengundang reaksi rakyat Malaysia. Rata-rata mereka cukup terharu serta berasa sebak dengan doa yang dipanjat oleh pelarian-pelarian Syria berkenaan.

Tangkapan layar dari Facebook Astro Awani

OHMEDIA: RASA SEBAK DAN TERHARU BILA MENDENGAR DOA DARI MEREKA. SEMOGA INI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA KITA UNTUK MELAWAN PENULARAN WABAK COVID-19  DISAMPING MEMOHON KEPADA TUHAN AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN KITA.

Sumber:  Facebook Astro Awani

+ Baca respon pembaca pelarian Syria doakan kesejahteraan rakyat Malaysia di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas