Connect with us

Oh! Media

“Kagum Tengok Sharnaaz & Nabila Bersikap Profesional Demi Jebat” – Neelofa

Ohmedia sharnaaz nabila jebatjpg

Oh! Artis

“Kagum Tengok Sharnaaz & Nabila Bersikap Profesional Demi Jebat” – Neelofa

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu kakak kepada Neelofa telah bercerai 9 Julai lalu dan hasil perkahwinan mereka sebelum ni telah mendapat seorang anak lelaki iaitu Jebat. Walaupun sudah bercerai, tapi sikap mereka yang profesional dalam tanggungjawab untuk besarkan anak mereka tu perlu dicontohi.

Menurut Berita Harian, Neelofa juga sangat kagum dengan hubungan mereka berdua sekarang ni walaupun sudah berpisah dan tidak lagi duduk sebumbung demi menunaikan tanggungjawab sebagai ayah dan ibu kepada Jebat. Bukan tu jer, Neelofa juga berkata yang kalau netizen tengok Sharnaaz dan Nabila, mesti ingat yang mereka berdua masih lagi bersama.

Demi nak luangkan masa dengan Jebat, Sharnaaz boleh dikatakan hari-hari datang ke rumah dan kadang-kala tu sampai dua kali datang. Ini jugalah salah satu benda yang orang perlu contohi bila dalam situasi yang sama macam mereka berdua ni sebab bagi pandangan Ohmedia, anak tidak salah dan perlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibu dan bapanya.

IKLAN

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca sikap profesional Sharnaaz dan Nabila di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas