Oh! Lifestyle
Dapat Tiket Bas Hanya Dengan Pertukaran Botol Plastik

Surabaya yang merupakan bandar kedua terbesar Indonesia telah melakukan satu kaedah baru bagi memastikan bandar bebas dari bahan plastik. Kaedah tersebut adalah dengan menggalakkan penduduk mengitar semula sisa dan menawarkan tiket bas percuma sebagai pertukaran dengan botol plastik yang telah digunakan.

“Sisa sampah seperti botol plastik mencemari kawasan kejiranan di bandar ini. Jadi, idea ini bukan hanya untuk menjadikan alam sekitar lebih bersih dan membantu meringankan beban pengutip sampah,” kata penduduk, Linda Rahmawati.
Data bandar itu menunjukkan 15 peratus atau hampir 400 tan sisa harian di Surabaya adalah plastik.
Bas boleh mengutip sehingga 250 kilogram sisa botol plastik sehari atau kira-kira 7.5 tan sebulan yang kemudiannya akan dilelong kepada syarikat kitar semula.
Wang yang diperoleh daripada sesi lelongan itu akan digunakan untuk menjalankan operasi bas dan membiayai kawasan hijau di bandar tersebut.
