Connect with us

Oh! Media

DAP Tidak Sama Seperti MCA – TIdak Teragak-agak Tinggalkan PH

Oh! Negara

DAP Tidak Sama Seperti MCA – TIdak Teragak-agak Tinggalkan PH

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, DAP tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan sekiranya tujuan mencapai Malaysia Baharu sudah tidak menjadi keutamaan.

ADVERTISEMENT

Lim Kit Siang juga berkata yang DAP tidak sama seperti MCA yang dilihat hanya memperjuangkan nasib bangsa cina.

“Pemimpin DAP menjadi kerajaan kerana kita boleh memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkan Malaysia daripada membuat demokrasi olok-olok, kakistokrasi (pemerintahan paling teruk) dan kleptokrasi global.

“Pemimpin DAP, sama ada di dalam kerajaan atau di luar, tidak akan ragu-ragu meninggalkan kerajaan campuran jika tujuan Malaysia Baharu ditinggalkan.

“Pemimpin-pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA,” katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya hari ini.

Lim Kit Siang menerangkan bahawa DAP adalah parti berbilang kaum untuk kesejahteraan dan kebajikan semua kaum di Malaysia dan bukan mono-etnik (satu etnik) seperti dalam kes MCA.

“Kami mewakili semua rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli manakala MCA mewakili atau mendakwa untuk mewakili hanya orang Cina di Malaysia,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas