Connect with us

Oh! Media

Dah Tahu Takde Duit, Pergi Beli Smartphones Mahal-Mahal Tu Apekes? Beli Yang Ni Sudah!

Branded

Dah Tahu Takde Duit, Pergi Beli Smartphones Mahal-Mahal Tu Apekes? Beli Yang Ni Sudah!

Beli smartphones harga nak murah, tapi nak spec macam premium smartphones!! Itu ayat yang biasa kita dengar kalau bercerita bab smartphones ni. Ialah siapa yang taknak smartphones dengan spec dan binaan premium tapi dijual pada harga murah ye tak?

Worry not guys, Vivo antara jenama yang dah lama mendengar rintihan korang tinggal korang nak cuba dan jatuh cinta sendiri sahaja. Viva 15 Pro contohnya merupakan peranti rasmi bagi pertandingan Player Unknown’s Battlegrounds Mobile National Championships (PMNC) 2019 ok! Kalau dah jadi smartphones rasmi main PUBG tu, korang rasa tu premium ke tidak tu?

Model vivo V15 Pro ini yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 675, menyediakan pilihan memori setinggi 6GB RAM dan juga 8GB RAM, dimana ia turut menawarkan ruangan storan dalaman sehingga 128GB. Wow, besar tu boleh install semua apps yang korang suka dan paling syok lagi, boleh masukkan semua game berkualiti tinggi yang korang suka main.

Kamera utama ada 3 okay!! Ianya meliputi kamera 48MP f/1,8, 8MP f/2.2 ultra-wide, dan juga 5MP f/2.4 untuk memberikan kesan bokeh seperti DSLR! Untuk gambar suasana gelap korang boleh gunakan Pro Mode untuk hasil yang gila awesome macam gambar kat bawah ni.

Kamera depan pulak camne agaknya? Well, kalau korang pengguna yang mementingkan selfie jangan risau la sebab ianya dilengkapi dengan kamera jenis pop-up 32MP untuk menjadikan muka korang jauh lebih cantik dari yang sebenarnya. Sukalah tu? Hahaha. Macam Ohmedia memang tak suka selfie jadi memang Ohmedia suka sangatlah dengan kamera depan yang tersorok kat dalam ni untuk bagi peluang kepada paparan skrin penuh yang rasanya jauh lebih penting dari kamera selfie. Huh.

Bateri pula menghampiri prestasi phone paling premium iaitu dengan kapasiti 3,700mAh dan datang dengan sokongan pengecasan pantas Duel Engine Fast Charging menerusi port Micro-USB. Well, phone ini masih dengan port Micro USB lagi tapi no big deal lah kan asalkan fast charging ye tak?

Berapa harga Vivo V15 Pro ni agaknya? Dah tentulah bukan RM3,000 ke atas macam smartphones premium kat pasaran sekarang ni. Habis tu dalam range RM2,000 ke agaknya? Tetap bukan guys!! Harganya untuk Vivo V15 Pro ni cuma RM1,600 sahaja untuk ruang storan 128GB dan 6GB RAM. Kalau korang pengguna yang lebih advance lagi, boleh beli yang 8GB RAM pula pada harga RM1,899.

Kalau tu masih rasa tak mampu, beli yang versi Vivo V15 biasa sudahlah tak payah yang pro sebab harganya baru RM1,299 jer. Gempak gila kan?

Ini bukan iklan berbayar. Ini cuma Ohmedia nak rekemen kepada korang kat luar sana yang ada bajet sikit tapi nak phone canggih sebaris dengan smartphones premium di pasaran ketika ini. Jadi lepas ni kalau ada yang DM Ohmedia tanya nak beli smartphones apa dengan budget bawah RM2,000 senang lah bagi baca link ni jer. Hahaha.

Enjoice!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas