Connect with us

Oh! Media

“Dah la takde kerja tetap, nak kahwin, lepastu sambung belajar lagi??” – Makcik Bawang

Oh! Lifestyle

“Dah la takde kerja tetap, nak kahwin, lepastu sambung belajar lagi??” – Makcik Bawang

Tempoh dua tahun berkorban sepanjang pengajian sarjana membuahkan hasil bagi sepasang suami isteri yang memperoleh ijazah kelas pertama pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-31, di sini, semalam.

ADVERTISEMENT

Pasangan berkenaan yang dianugerahkan Ijazah Sains Pengurusan Perniagaan pada sesi ke-3 oleh Pro-Canselor UUM Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Ibni Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Ijazah tersebut yang ditawarkan UUM melalui Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan diselia oleh Pusat Pengajian Perniagaan Pascasiswazah Othman Yeop Abdullah yang masing-masing mempunyai pelbagai pengiktirafan dunia.

Menurut Dg Ku Zunaidah Ag Majid, 27, kemahiran pengurusan masa, disiplin tinggi dan usaha banyak membantu beliau sepanjang pengajian sehingga mampu mencapai PNGK 3.93. Beliau yang kini bekerja di sebuah jabatan logistik eksport di syarikat beli-belah atas talian, Zalora Malaysia, akui bahawa pengajian ijazah membentuk kemahiran berfikir secara analisis dan lebih terperinci yang dapat diaplikasikan ketika bekerja. Eksekutif di syarikat logistik terkemuka Malaysia, PKT Logistics Sdn Bhd, Iskandar Ab Jaafar, 28, berkata, kemahiran pelbagai bidang pengetahuan, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kebolehan kepimpinan dapat diasah melalui pengajian pascasiswazah. Beliau yang berjaya mencapai PNGK 3.97 serta terlibat dengan program kokurikulum akui bahawa, menyambung pengajian dengan isteri memberi pengalaman yang mencabar dan bermakna khususnya dalam pengurusan keluarga, pengurusan pengajian, dan pengurusan perbelanjaan seharian.

Pasangan berkahwin perlu bersikap professional dalam membezakan diantara hal keluarga dengan pengajian. Sepanjang pengajian, pasangan berkenaan telah melakukan pelbagai kerja sambilan untuk menampung prbelanjaan. Iskandar berkata, sebuah kejayaan dapat dicapai dengan pengorbanan dan usaha yang konsisten.

Tidak lupa, mereka berterima kasih kepada kedua ibu bapa, para pensyarah UUM dan rakan-rakan di atas kejayaan ini. Mereka menasihati anak muda yang ingin melanjutkan pengajiaan lebih tinggi khususnya pasangan muda berkahwin perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi sebarang cabaran. Upacara konvokesyen tersebut berlangsung dari 11 hingga 15 November 2018.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

+ Artikel ini dikongsi oleh Iskandar dengan pesanan berikut;

Assalamualaikum Pihak Oh! Media,


Sebuah perkongsian positif yang boleh diterbitkan untuk motivasi anak muda.


Serta, jawapan kepada isu geng bawang iaitu “dah la takde kerja tetap, nak kahwin, lepastu sambung belajar lagi??”


Diharapkan Pihak Oh! Media dapat utarakan isu ini, sebabnya, ramai lagi yang pasangan berkahwin diluar sana perlukan suntikan semangat untuk habiskan pengajian ada diantaranya tertangguh pengajian.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas